jppk 2023logo pislmn rasmi2020 sirim v3

Perkhidmatan ICT

Capaian Internet

ict

Sistem rangkaian kampus PIS menggunakan perkhidmatan Malaysian Research and Education Network (MYREN) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) yang mana ia menyediakan capaian internet berkelajuan 500Mbps bagi politeknik premier. Penggunaan internet ini adalah tertakluk kepada polisi yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan PIS.  Terdapat 2 jenis capaian internet yang disediakan di PIS iaitu wired dan wireless

Wired (berwayar)

Perkhidmatan ini disediakan di dalam makmal-makmal komputer di jabatan dan unit bagi kemudahan pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Wireless (Tanpa Wayar)

Perkhidmatan wireless ini disediakan secara percuma kepada semua warga PIS.  Kemudahan wireless ini meliputi kawasan bangunan akademik dan kawasan kafeteria di kolej kediaman.  Bagi menggunakan perkhidmatan ini para pelajar mestilah pelajar yang berdaftar di PIS.  Bagi pengguna luar / tetamu hendaklah membuat permohonan kepada UTM bagi menggunakan perkhidmatan ini.

wifi