Jabatan Pelancongan & Hospitaliti

Industri pelancongan dan hospitaliti merupakan salah satu segmen ekonomi Malaysia yang kian pesat berkembang. Perluasan dan pertumbuhan produk pelancongan yang meningkat telah mencipta peluang kerjaya yang luas, bertujuan memenuhi keperluan pelanggan di tahap yang unggul dan berkualiti tinggi. Mereka yang bekerja dan terlibat dalam industri ini haruslah sentiasa kompeten; tidak hanya dalam kemahiran teknikal malah dalam kemahiran interpersonal.

Menurut World Tourism Organisation (WTO), Pelancongan bermaksud "Aktiviti pengembaraan seseorang individu ke suatu tempat keluar daripada persekitaran asalnya dan menetap di situ tidak lebih daripada setahun bagi tujuan rehat, perniagaan dan sebagainya." Manakala menurut John Wiley & Sons (1996), Hospitaliti bermaksud "Menyambut tetamu dengan budi bahasa dan kemesraan termasuklah persiapan tempat penginapan, makanan, infrastruktur serta perkhidmatan."

Sesuai dengan matlamat Kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama pelancongan dunia, Kementerian Pendidikan Malaysia (MoE) telah memperkenalkan kursus pelancongan dan hospitaliti dalam program pendidikan Politeknik Malaysia. Kursus hospitaliti mula diperkenalkan pada tahun 1998 di Politeknik Johor Bahru (PJB) di Jabatan Hospitaliti & Fesyen (JHF), bertukar kepada Jabatan Hospitaliti (JH) pada tahun 2005 dan kemudian sebagai Jabatan Pelancongan & Hospitaliti (JPH) pada 1 Januari 2011. PJB merupakan politeknik pertama di Malaysia yang menawarkan kursus pelancongan dan hospitaliti sepenuhnya. PJB telah bertukar nama kepada Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) sempena nama DYMM Sultan Johor ke-25 pada 15 Disember 2011. [pautan Selayang Pandang PIS]
 

Berikut adalah program-program yang ditawarkan di JPH PIS :

Ijazah Sarjana Muda
Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti (BTH)

Program diploma iaitu:
Diploma Pengurusan Hotel (DHM)
Diploma Pengurusan Pelancongan (DUP)
Diploma Pengurusan Acara (DEV)

Sijil Kemahiran Hotel Dan Katering (KHK)
Ditawarkan khas untuk pelajar khas (pekak/bisu) yang juga mempunyai peluang yang sama untuk bersaing dan berjaya dalam arus pembangunan Malaysia.

Pelbagai maklumat berkenaan program pengajian dan aktiviti Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti boleh diketahui melalui saluran media sosial berikut:

Facebook JPH : JPH PIS
Instagram JPH : jphpis