Penginapan

asrama01

 

Politeknik Ibrahim Sultan menyediakan kemudahan penginapan pelajar yang boleh memuatkan hampir 2,260 orang dalam satu-satu masa. Kolej Kediaman ini boleh menampung sejumlah  1,260 orang pelajar lelaki dengan lima (5) blok asrama dan seramai 1,000 orang pelajar perempuan dengan satu (1) blok asrama.


Blok Kolej Kediaman Pelajar (Lelaki)

asrama02 L

 

 

asrama03 L

  

  • Hi Tech 1 (HT1) : Kapasiti 284 orang
  • Hi Tech 2 (HT2) : Kapasiti 282 orang
  • Hi Tech 3 (HT3) : Kapasiti 278 orang
  • Info Tech 1 (IF1) : Kapasiti 208 orang
  • Info Tech 2 (IF2) : Kapasiti 208 orang

Bagi Kolej Kediaman untuk penghuni lelaki, setiap bilik menempatkan 2 orang pelajar dan dilengkapi dengan :

  • 2 buah katil dan tilam
  • 2 buah kerusi dan mejal belajar
  • 2 buah almari
  • 2 buah rak buku
  • 2 buah lampu kalimantang
  • 1 buah kipas

Kemudahan yang disediakan di Blok Kolej Kediaman bagi penghuni lelaki :

  • Setiap aras tingkat dilengkapi dengan bilik mandi, bilik basuh dan tandas.
  • Terdapat ruang untuk mengulangkaji pelajaran dan menonton televisyen ( Bilik Rekreasi ) di setiap blok asrama.
  • Dorm juga terdapat di setiap blok Kolej Kediaman Pelajar lelaki yang digunakan untuk penempatan sementara. Pecahan kapasiti bagi setiap dorm adalah HT1 seramai 26 orang, HT2 seramai 26 orang, HT3 seramai 9 orang, IF1 seramai 12 orang dan IF2 seramai 12 orang.
  • Setiap blok kolej kediaman juga menyediakan mesin pencuci pakaian layan diri dan penapis air minuman.

 Blok Kolej Kediaman Pelajar (Perempuan)

asrama04 P

 

 

asrama05 P

 

 

Hi-10 : Kapasiti 1000 orang

Blok Kolej Kediaman untuk penghuni perempuan, setiap bilik menempatkan 6 orang pelajar dan dilengkapi dengan :

  • 6 katil besi, tilam dan bantal
  • 6 kerusi dan meja belajar
  • 6 almari besi
  • langsir
  • 6 lampu kalimantang
  • 3 kipas siling

Kemudahan yang disediakan di Blok Kolej Kediaman bagi penghuni perempuan :

  • Surau.
  • Dua ( 2 ) unit bilik rekreasi yang menyediakan ruang bacaan dan bilik permainan.
  • Pejabat Warden.
  • Dua ( 2 ) unit rumah warden.
  • Tiga ( 3 ) unit Kantin.
  • Setiap aras tingkat dilengkapi dengan bilik mandi, bilik basuh, bilik gosok pakaian dan kawasan ampaian.
  • Tiga ( 3 ) unit Lif.
  • Sistem siaraya.
  • Satu ( 1 ) unit CCTV.

Perkhidmatan Lain

asrama06 asrama07
asrama08 asrama09
asrama10 asrama11

 

  • Setiap aras tingkat dilengkapi dengan bilik mandi, bilik basuh dan tandas.
  • Terdapat ruang untuk mengulangkaji pelajaran dan menonton televisyen ( Bilik Rekreasi ) di setiap blok asrama.
  • Setiap blok kolej kediaman juga menyediakan mesin pencuci pakaian layan diri dan penapis air minuman.
  • Kafeteria dan Kantin dibuka untuk memberi perkhidmatan dalam penyediaan makanan dan beroperasi dari jam 7.30 pagi hingga 11.00 malam.
  • Koperasi MINI PIS disediakan bagi kemudahan pelajar membeli keperluan asas.
  • Wakaf didirikan bertujuan bagi pelajar berbincang, mengulangkaji pelajaran dan beriadah.
  • Masjid PIS terletak berhampiran dengan Kolej Kediaman Pelajar menjadi nadi penggerak pelajar muslim dalam menjalankan aktiviti dan hal yang berkaitan dengan keagamaan.