Tatacara Permohonan Sijil / Diploma Dan Transkrip Gantian

(Permohonan ini bagi sijil atau transkrip yang hilang atau mengalami kerosakan.)

1.    Permohonan bagi Sijil/Diploma Gantian. Lulusan perlu mengemukakan dokumen - dokumen berikut:
         1.1    Laporan polis berkenaan kehilangan/kerosakan Sijil/Diploma.
         1.2    Surat rasmi permohonan untuk mendapatkan Sijil/Diploma Gantian. Surat permohonan ini perlu mempunyai maklumat-maklumat berikut:
                 a.    Nama penuh
                 b.    Nombor kad pengenalan
                 c.    Nombor Pendaftaran Pelajar.
                 d.    Nama program Pengajian di Politeknik
                 e.    Nombor telefon yang boleh dihubungi.
        1.3    Salinan Sijil/Diploma asal. (Jika ada)

2.    Permohonan bagi Transkrip Gantian. Lulusan perlu mengemukakan dokumen berikut:
       1.1    Laporan polis berkenaan kehilangan/kerosakan Transkrip.
       1.2    Surat rasmi permohonan untuk mendapatkan Transkrip Gantian. Surat permohonan ini perlu mempunyai maklumat-maklumat berikut:
               a. Nama penuh
               b. Nombor kad pengenalan
               c. Nombor Pendaftaran Pelajar.
               d. Nama program Pengajian di Politeknik
               e. Nama syarikat dan alamat tempat latihan industri
               f. Nombor telefon yang boleh dihubungi.
         1.3    Salinan Transkrip asal. (Jika ada)
         1.4    Salinan slip peperiksaan setiap semester. (Jika ada)
         1.5    Salinan slip keputusan Latihan Industri. (Jika ada)

3.    Bagi pemohon yang ingin mendapatkan gantian bagi Sijil/Diploma dan Transkrip, permohonan hanya perlu dibuat dalam satu surat rasmi permohonan sahaja.
4.    Hantarkan permohonan anda ke Unit Peperiksaan dalam bentuk softcopy melalui alamat emel  berikut: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
5.    Permohonan Lulusan akan diproses dalam masa 14 hari bekerja.
6.    Permohonan Sijil/Diploma atau Transkrip anda akan dikeluarkan dalam bentuk hardcopy.
7.    Cara pengeluaran Sijil/Diploma dan transkrip oleh Unit Peperiksaan PIS:
       I.    Ambil sendiri di Unit Peperiksaan PIS.
      II.    Diwakilkan. (Hadir bersama surat rasmi kebenaran untuk mewakilkan pemohon)
8.    Setiap permohonan Sijil/Diploma dan Transkrip gentian akan dikenakan bayaran seperti berikut:

Perkara Bayaran (RM)
Sijil/Diploma (versi BM) 50.00
Sijil/Diploma (versi BI) 50.00
Transkrip 10.00


   
    
  9.    Sebarang pertanyaan sila hubungi Unit Peperiksaan Politeknik Ibrahim Sultan di talian 07-2611051.