jppk 2023logo pislmn rasmi2020 sirim v3

FASILITI JABATAN

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal memiliki fasiliti yang lengkap untuk proses pengajaran dan pembelajaran oleh pensyarah kepada pelajar. Antaranya ialah bilik-bilik kuliah, dewan kuliah, bilik lukisan, makmal-makmal ujikaji dan bengkel-bengkel pembuatan. Dengan adanya fasiliti ini pelajar dapat melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran diri secara teori dan praktikal. Adanya proses penilaian yang dijalankan dari masa ke semasa sepanjang pengajian mereka dapat meningkatkan lagi kualiti diri sebelum memasuki alam pekerjaan sebenar.

BILIK-BILIK KULIAH
Pelajar mengikuti pembelajaran secara teori di bilik-bilik kuliah dan dewan kuliah yang terdapat di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal. Selain mempelajari subjek yang berkaitan dengan bidang Kejuruteraan Mekanikal, mereka juga didedahkan dengan subjek Pengajian Am, Matematik, Sains dan kemahiran komputer.

bilik kuliah

dkj
BENGKEL-BENGKEL
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal mempunyai lima buah bengkel utama. Di bengkel-bengkel ini pelajar menjalani pembelajaran secara praktikal untuk mengendalikan mesin-mesin dan alatan tangan. Bengkel-bengkel tersebut ialah :


1. Bengkel Mesin

bengkel mesin

Pelajar diajar dengan kemahiran mengendalikan mesin pembuatan konvensional dan menghasilkan produk. Di antara mesin-mesin dan peralatan yang digunakan ialah :

  1. Peralatan Tangan (Hand tools)
  2. Peralatan Mengukur (Measuring tools)
  3. Peralatan Menguji (Testing tools)
  4. Peralatan Menanda (Marking tools)
  5. Mesin-mesin:-

Mesin Gergaji Kuasa (Power Hacksaw machine)
Mesin Gerudi Meja (Bench Drilling machine)
Mesin Gerudi Tiang (Pillar Drilling machine)
Mesin Larik Tetengah (Centre Lathe machine)
Mesin Kisar/Raut Tegak Turret (Vertical Turret Milling machine)
Mesin Kisar/Raut Ufuk Universal (Universal Horizontal Milling machine)
Mesin Canai Meja (Bench Grinding machine)
Mesin Canai Kekaki (Pedastal Grinding machine)
Mesin Canai Permukaan (Surface Grinding machine)
Mesin Canai Silinder (Cylindrical Grinding machine)

2. Bengkel Fabrikasi dan Kimpalan

bengkel fabrikasi

Pelajar dilatih kaedah untuk membuat fabrikasi logam dan kimpalan. Pelbagai jenis mesin kimpalan dan mesin fabrikasi logam digunakan dalam pembelajaran di bengkel ini. Antaranya ialah :

1. Mesin Pelipat
2. Mesin Pemotong
3. Kimpalan Arka
4. Kimpala TIG (Tungsten Inert Gas welding)
5. Kimpalan MIG (Metal Inert Gas Welding)
6. Kimpalan Tenggelam (Submerge Welding)
7. Kimpalan Gas (Oxy-Acetelyne Welding)
8. Pemotongan Gas ( Oxy-Acetelyne Cutting)
9. Pemotongan Plasma (Plasma Cutting)
10. "Stud Welding"

3. Bengkel Menggegas

bengkel gegas

Pelajar didedahkan kepada sistem had dan padanan di bengkel ini. Mereka dikehendaki membuat projek yang menggunakan alatan tangan serta alat pengukuran seperti:

1. Kikir
2. Gergaji
3. Mesin Gerudi
4. Tolok Vernier
5. Tolok Mikrometer
6. Tolok Tinggi Vernier
7. Tolok Permukaan dan alatan lain

4. Bengkel Foundri

bengkel foundri

Pelajar mempelajari proses pembuatan dari segi proses tuangan, membuat acuan pasir, penyempritan plastik (Injection moulding) serta pembuatan paten-paten untuk menghasilkan tuangan pasir. Mesin-mesin yang digunakan di bengkel ini adalah :

1. Injection Moulding Machine
2. Exstrusion Moulding Machine
3. Blow Moulding Machine
4. Crusher Machine

5. Bengkel Projek

bengkel projek

Bengkel ini dikhaskan untuk pelajar program diploma semester akhir untuk melaksanakan dan menyiapkan projek semester akhir.Terdapat pelbagai mesin dan alatan tangan yang digunakan untuk membuat kerja-kerja fabrikasi logam dan pembuatan produk.

MAKMAL-MAKMAL

Makmal-makmal di dalam Jabatan Kejuruteraan Mekanikal digunakan oleh pelajar untuk menjalankan ujikaji juga mengendalikan mesin-mesin kawalan sistem berangka.Terdapat enam buah makmal utama yang dibahagi-bahagikan mengikut modul teori dan kursus yang diikuti oleh pelajar. Antara makmal-makmal tersebut ialah :

1. Makmal Kajidaya Bahan dan Mesin

2. Makmal Kajidaya Mesin

kajidaya mesin

3. Makmal Kawalan

makmal kawalan

4. Makmal Metalurgi

makmal metalurgi

5. Makmal Loji

makmal loji

6. Makmal Metrologi

makmal metrologi

7. Makmal CAD/CAM

makmal cadcam

8. Makmal Elektrik

RUANG REHAT
Kemudahan ini disediakan disekitar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal bertujuan pelajar dapat berehat sementara menunggu waktu kuliah berlangsung. Pelajar juga dapat mentelaah pelajaran atau menyiapkan tugasan mereka di samping dapat berbincang di antara mereka mengenai pelajaran yang telah diikuti.

Lebih banyak artikel..