SEMAKAN KEPUTUSAN RASMI PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN AKHIR SESI I : 2022/2023 (DIPLOMA & SIJIL KEMAHIRAN)

Tarikh KEPUTUSAN RASMI SESI I : 2022/2023 (DIPLOMA & SIJIL KEMAHIRAN) adalah pada 25 JANUARI 2023 (RABU).


• Pelajar boleh menyemak keputusan melalui menu Keputusan Peperiksaan di modul i-exam SPMP PIS (spmp.pis.edu.my) pelajar bermula jam 9.00 pagi.
• Mohon pelajar untuk membuat cetakan SLIP KEPUTUSAN bagi simpanan rekod pelajar.

Permohonan RAYUAN MENYAMBUNG SEMULA PENGAJIAN bagi pelajar yang mendapat keputusan GAGAL DAN DIBERHENTIKAN (GB) akan dibuka bermula 25 JANUARI 2023 (RABU) hingga 07 FEBRUARI 2023 (SELASA). Pelajar perlu menghubungi Unit Peperiksaan PIS di talian 07-2611051 atau menghantar e-mail di alamat e-mail Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. untuk maklumat lanjut.

Manakala pelajar yang AKAN menjalani Latihan Industri (LI) pada sesi pengajian II : 2022/2023 yang berstatus MP (Mengulang Penilaian), anda dikehendaki melaporkan diri untuk sesi Penilaian Khas Sesi I : 2022/2023 di Unit Peperiksaan PIS pada 20 FEBRUARI 2023 (ISNIN) pada jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari.

Bagi pelajar program Diploma Animasi Kreatif (DAK) yang menjalani Work-Based Learning (WBL) pada Sesi I : 2022/2023 ), Keputusan Rasmi akan diumumkan pada 11 Februari 2023.

Harap Maklum.

Sekian, terima kasih.