jppk 2023logo pislmn rasmi2020 sirim v3

SOAL SELIDIK KAJIAN EKOSISTEM PEMBELAJARAN DIGITAL DI IPT MALAYSIA

SOAL SELIDK

KAJIAN EKOSISTEM PEMBELAJARAN DIGITAL

SOAL SELIDIK

KAJIANkajian

 

EDARAN SOAL SELIDIK KAJIAN EKOSISTEM PEMBELAJARAN DIGITAL DI INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA


Assalamualaikum W.B.T. & Selamat Sejahtera.

YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,


Kementerian Pengajiian Tinggi (KPT) bersama UPUM Sdn. Bhd. sedang melaksanakan Kajian Ekosistem Pembelajaran Digital di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) Malaysia. Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti tahap kesediaan ekosistem IPT dalam melaksanakan pembelajaran digital dan mengenal pasti keperluan dalam membangunkan ekosistem pembelajaran digital khususnya di IPT.


Bagi menghasilkan sebuah kajian yang berkualiti dan komprehensif, maklum balas daripada tiga (3) golongan sasaran iaitu staf akademik, pelajar, dan pentadbir institusi perlu diperolehi.Bagi pentadbir institusi, sekurang-kurangnya seorang pegawai bagi setiap kategori responden diperlukan:
1) Hal Ehwal Pelajar (HEP);
2) Teknologi Maklumat (TM);
3) Pengendali e-Pembelajaran.


Maklum balas responden adalah berfokus kepada tahap kesediaan IPT melaksanakan pembelajaran digital dan mengenal pasti isu dan cabaran yang dihadapi dalam pemerkasaan pembelajaran digital di IPT.


Sehubungan dengan itu, KPT amat mengalu-alukan penyertaan daripada setiap IPT agar dapat mengemukakan maklum balas dengan menghebahkan soal selidik kajian kepada lima (5) kategori yang disenaraikan.
Soal selidik bagi setiap kategori adalah berbeza dan boleh diakses melalui pautan: https://linktr.ee/Survey_Ecosystem

KATEGORI RESPONDEN

a. PELAJAR

b. STAF AKADEMIK

c. PEGAWAI HEP

d. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT

e. PENGENDALI e-PEMBELAJARAN


Maklum balas soal selidik ini perlu dibuat sebelum atau selewatnya pada 26 November 2021 jam 5.00 petang (tarikh dilanjutkan).
Sebarang pertanyaan berkaitan soal selidik ini boleh dikemukakan kepada pegawai-pegawai yang berikut;


Prof. Madya Dr. Norisma Idris
Ketua Perunding Kajian | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. | 03 - 7967 6310/012-3351441

Puan Tamil Selvi A/p Virasinggam
Ketua Penolong Pengarah | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. | 03 - 8870 6538/017-5402684

Perhatian dan kerjasama YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan berhubung perkara ini amat dihargai.
Sekian, terima kasih.

Sekretariat
Kajian Ekosistem Pembelajaran Digital di IPT Malaysia
Kementerian Pengajian Tinggi

EKOS

ISTE

 PEMBELAJARAN DIGITAL DI IPT MALAYSIA

DI IPT MALAYSIA