logo5lmn rasmi2020 sirim v2

Permohonan Mendiami Kolej Kediaman Pelajar Sesi Jun 2020

Makluman kepada semua pelajar senior, anda boleh membuat permohonan mendiami kolej kediaman bermula pada 13 April 2020 hingga 30 April 2020.

Pelajar hendaklah melengkapkan maklumat peribadi di link google form yang telah disediakan iaitu

https://forms.gle/ZpDiAdkH7iwownqc8

Maklumat yang tidak lengkap dan lewat dihantar selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan.

Keputusan permohonan akan dipaparkan di laman web PIS pada 12 Mei 2020.

 

MAKLUMAN KEPADA PELAJAR PEREMPUAN SEMESTER 2 SESI JUN 2020 

Pelajar-pelajar perempuan Semester 1 bagi Sesi Disember 2019 adalah diwajibkan untuk mendiami kolej kediaman. Pelajar hendaklah mencetak Borang Maklumat Peribadi di capaian yang diberikan, diisi dengan lengkap dan dihantar ke Pejabat Asrama semasa hari mendaftar masuk ke kolej kediaman Sesi Jun 2020.