logo5lmn rasmi2020 sirim v2

Info Permohonan mendiami Kolej Kediaman Sesi Jun 2020

PERMOHONAN MENDIAMI KOLEJ KEDIAMAN SESI JUN 2020 
Makluman kepada semua pelajar senior, anda boleh membuat permohonan mendiami kolej kediaman bermula pada 15 Mac 2020 hingga 16 April 2020.
 
Pelajar hendaklah mencetak Borang Permohonan dan Borang Maklumat Peribadi di capaian yang diberikan, isi dengan lengkap beserta gambar dan slip gaji ibu bapa/penjaga. Jika ibu bapa tiada slip gaji, sila kemukakan pengesahan pendapatan yang disahkan. 

Borang yang tidak lengkap dan lewat dihantar selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan.

Keputusan permohonan akan dipaparkan di laman web PIS pada 12 Mei 2020.

MAKLUMAN KEPADA PELAJAR PEREMPUAN SEMESTER 2 SESI JUN 2020
 
Pelajar-pelajar perempuan Semester 1 bagi Sesi Disember 2019 adalah diwajibkan untuk mendiami kolej kediaman. Pelajar hendaklah mencetak Borang Maklumat Peribadi di capaian yang diberikan, isi dengan lengkap beserta gambar dan dihantar bermula pada 15 Mac 2020 hinga 16 April 2020.