logo4lmn rasmiiso1

POLYSKILL 2019 (Bidang Graphic Design Technology)

PENGENALAN

 

PIS GDT

Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk membangun dan menyediakan sumber manusia yang mempunyai kemahiran dalam pelbagai bidang kemahiran dan teknikal, Jabatan Pendidikan Politeknik telah menganjurkan Pertandingan Polyskills 2019 bagi mencungkil bakat daripada kalangan pelajar di politeknik di negara ini.

Polyskills adalah menjadi wadah pelajar bersaing dalam mempamerkan bakat kemahiran masing-masing dalam pelbagai disiplin bidang. Pengalaman diperolehi diharap membantu pelajar mengaplikasi segala ilmu dan pengetahuan serta teori sebagai persediaan sebelum bersaing di pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Pertandingan yang diadakan juga bertujuan untuk memilih pelajar dalam bidang kemahiran tertentu bagi mewakili Politeknik Malaysia ke World Skill Malaysia Belia (WSMB). WSMB merupakan pertandingan peringkat kebangsaan yang memilih dan mengiktiraf belia dan pekerja mahir yang mempunyai kemahiran tinggi selain mewakili Malaysia ke Asia Skills Competition (ASC) dan World Skills Competiton (WSC) selepas berjaya melalui proses saringan yang ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Kementerian Kerja Raya (KKR).

Pada tahun 2019 ini, Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) dilantik sebagai Penganjur bersama Polyskills 2019 bersama-sama Politeknik Mizan Zainal Abidin (PSMZA). Bidang yang akan dianjurkan oleh PIS adalah Graphic Design Technology (GDT).

 

2.0    OBJEKTIF

Penganjuran Polyskills 2019 bidang GDT merupakan platform yang akan menaungi aktiviti- aktiviti pertandingan kemahiran di peringkat Politeknik Malaysia bertujuan;

i.    Menggalakkan penyertaan lebih ramai pelajar dan pensyarah Politeknik dalam Pertandingan Kemahiran Politeknik
ii.    Pemilihan pelajar untuk mewakili Politeknik Malaysia ke Worldskills Malaysia Belia (WSMB)
iii.    Memperkasakan prestasi pasukan Politeknik Malaysia ke tahap yang lebih tinggi
iv.    Meningkatkan kemahiran generic pelajar supaya selari dengan pencapaian akademik