jppk 2023logo pislmn rasmi2020 sirim v3

Unit Penyelidikan, Inovasi dan Pengkomersialan, Politeknik
Ibrahim Sultan (PIS) telah menganjurkan Diploma Project Exhibition (13th D’ProjEx) Competition bagi sesi II 2021/2022 yang mempertandingkan projek-projek akhir pelajar dan
5 Anugerah Utama telah dipertandingkan :

1. Anugerah Teknologi Hijau Terbaik
2. Anugerah Potensi Komersial
3. Anugerah Rekabentuk Projek Terbaik
4. Anugerah Inovasi Terbaik
5. Anugerah Pengurusan Perkhidmatan (Hospitaliti)

Program telah dirasmikan oleh YBrs. Encik Adam Halim bin Ramli Manager Piping Construction Heo Malaysia Marine & Heavy Engineering (MMHE).

project 1project 2

Jangan lupa untuk mengundi pada 24 MAC 2022 dari jam 8:30 pagi sehingga 4:30 petang di SPMP atau di Kafe Kamsis Lelaki. Tunaikan tanggungjawab anda sebagai mahasiswa dan mahasiswi Politeknik Ibrahim Sultan.

Pilihlah dengan bijak demi kebaikan masa hadapan.

#PRKPIS
#PilihanRayaKampus2022

14 Februari 2022 - Lawatan Kolaborasi Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) bersama Ts. Noor Aidi binti Nadzri, Pengarah PIS, Unit CISEC, Unit CDEC, Unit Keusahawanan dan Unit Alumni PIS ke CPU Tuuu Dia Pak Tam di Bandar Baru Selayang.
Kunjungan PIS telah disambut oleh Encik Muhammad Shazwan Haji Ruslin, Ketua Pegawai Eksekutif Sirah Heritage Holding Sdn Bhd dan telah berkongsi operasi produk, syarikat dan perniagaan.

Memang mantap teknologi yang digunakan dalam penghasilan produk iaitu penggunaan sistem khas dalam pengurusan pengoperasian syarikat termasuklah pengurusan stok, tempahan, bahan mentah dan jadual kerja. Memang superb!
Satu lagi amalan pengurusan sumber manusia yang mereka yang amalkan iaitu konsep Islamic Kitchen. Tahniah syarikat Tuuu… Dia Pak Tam!! Uols yg lalu PLUS Highway boleh singgah outlet di RNR Tapah hala Utara dan selatan dan RNR Ulu Bernam hala Utara. Memang terbaik!!

Terima kasih atas layanan kepada kami team PIS dan banyak perkongsian ilmu yang telah diperolehi. InsyaAllah kita akan berkolaborasi untuk beberapa aktiviti dan program PIS bersama Tuuu Dia Pak Tam.
#politeknikibrahimsultan
#oneteamonedream

colab01

colab02

colab03

colab04

colab05

colab07

colab06

colab08

23 Februari 2022 - Program Pementoran Politeknik Ibrahim Sultan Tahun 2022 telah dilancarkan oleh Ts. Noor Aidi bt Nadzri, Pengarah PIS. Program ini merupakan kali kedua diadakan anjuran Unit Pengurusan Psikologi dan Unit Khidmat Pengurusan dengan kerjasama Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan.

Program Pementoran ini merujuk kepada aktiviti perhubungan memberi bimbingan, sokongan dan bantuan secara profesional oleh mentor kepada mentee dan pelaksanaan program ini adalah selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (Pengurusan Psikologi) Versi 1.0 (2022). Pada tahun ini, seramai 21 orang pegawai Politeknik Ibrahim Sultan akan menyertai Program Pementoran ini. Ianya terdiri daripada 10 orang Mentor dan 11 orang Mentee yang mana Mentee adalah terdiri daripada pegawai lantikan baharu. Semua Mentor dan Mentee yang terpilih ini adalah para Pegawai daripada Jabatan dan Unit di Politeknik Ibrahim Sultan. 4 orang pegawai daripada Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, 11 orang daripada Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual, 2 orang daripada Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan 4 orang daripada Unit Khidmat Pengurusan. Program ini dijadualkan berlangsung selama 6 bulan bermula pada bulan Mac dan inshaAllah dijangkakan akan tamat pada Bulan Ogos nanti.

#polteknikibrahimsultan
#oneteamonedream

 

mentor01

mentor04

mentor02

mentor03