Kuliah Apple Learning 2023 bersama Apple Education Malaysia

Program ini telah dianjurkan bersama oleh Apple Profesional Learning Malaysia (APLM) dan Jawatankuasa ePembelajaran PIS, serta pelajar-pelajar Event Management DFP4C-JRKV, Politeknik Ibrahim Sultan. Pengisian program terdiri 2 sesi iaitu sesi 1, Bengkel Apple Learning - Apple in Education. Antara penceramah yang hadir adalah daripada Apple Education Malaysia Team iaitu Pn. Wan Noraini binti Wan Daud (Leadership & Learning of Apple Education Msia), Pn. Kartini Binti Mohd Basri (Education Business Development) dan Mr. Sathes Narayanan (System Engineer). Manakala sesi 2 pula, Bengkel iWork- Key Note Classroom iaitu Ts. Khairudin Bin Baharum (Apple Teacher) sebagai penceramahnya.
Objektif program ini untuk memberi pengetahuan & pendedahan kepada para pensyarah pelbagai Jabatan di PIS dan pelajar-pelajar tentang teknologi Apple devices dan perisian Apple yang boleh membantu proses PdP dalam bidang pendidikan. Seterusnya sebagai persediaan menghadapi era digitalisasi dan kemahiran abad ke-21.