FLAG OFF PESERTA PIS BAGI PENYERTAAN DI 10TH INTERNATIONAL ABILYMPICS COMPETITION 2023, METZ FRANCE

ABILYMPICS COMPETITION 2023 di Politeknik Ibrahim Sultan pada hari Rabu, 15 Mac 2023. Sesi ‘Flag Off’ ini telah disempurnakan oleh YBrs. Ts. Noor Aidi binti Nadzri, Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan. Turut hadir sama dalam sesi ini adal YBrs. Ts. Haji Hamdan bin Samdin TPA, En. Noor Azmi bin Haji Asmawi, TPSA, YBrs. Ts. Nor Rofizah binti Johari Ketua Jabatan JRKV, Puan Rohaidah binti Yusoff, Ketua Program KRG, Puan Mastura binti Abu Bakar, Ketua Program KFP, Puan Suhaila binti Samian, Ketua Penyelaras Pelajar Berkeperluan Khas dan Orang Asli PIS dan Puan Qistina binti Arshad wakil dari ALUMNI PIS serta Jurulatih pelajar Abilympics PIS.
Peserta Abilympics PIS yang akan menyertai ke pertandingan ini adalah pelajar ALUMNI OKU PIS di Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual, iaitu saudara Muhammad Darwisy Haziq Mohd Zam dalam bidang Outdoor Photography dan Nur Amiratul Farahin Ab Rahman dalam bidang Painting and Waste Art, yang akan mewakili Malaysia bersaing dalam bidang kemahiran yang disertai 55 negara. Peserta bidang Outdoor Photography telah mendapat bimbingan dibawah Encik Johaini bin Ibrahim, Ketua Jurulatih Abilympics PIS dan Encik Mohd Nizam bin Japri@Saleh Penolong Jurulatih Abilympics PIS, manakala Peserta bidang Painting and Waste Art telah mendapat bimbingan daripada Puan Nor Hidayah binti Halim, Ketua Jurulatih Abilympics PIS dan Puan Siti Zaitul Hajar binti Hassan, Penolong Jurulatih Abilympics PIS.
Seluruh warga Politeknik Ibrahim Sultan mendoakan kejayaan buat peserta dan mengucapkan selamat berjuang.