Pada 16 Mac 2023, telah berlangsung program Little Artist Charity di Rumah Anak-Anak Yatim Shafar, JB, anjuran pelajar DRG4A Event Management, JRKV yang telah dibimbing oleh Puan Sheril Syazwani Salleh.
Rumah anak-anak yatim ini menempatkan 20 orang kanak-kanak berumur 7-12 tahun. Program ini telah mendapat kerjasama daripada warga PIS dan komuniti yang turut serta menyumbang untuk keperluan Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri buat anak-anak di rumah ini.
Selain itu, pihak kami juga ingin berterima kasih kepada BAKAT 7KPTD, CDeC, Hasnuri Pasir Gudang, Mama Steamboat & Grill, Kerepek Warisan Semenyih dan Abris Bread atas kerjasama yang telah diberikan sehingga majlis ini berjalan dengan lancar dan sempurna. Semoga sumbangan yang disampaikan ini memberi 1001 kebaikan buat semua pihak.
Video kompilasi program :