Best Practice on Applying Concept and Principles of Workshop Safety And Management In TVET Working Environment

Kursus Experiential Learning: Best Practice on Applying Concept and Principles of Workshop Safety And Management In TVET Working Environment
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) dengan kerjasama Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menganjurkan Kursus Experiential Learning: Best practice on applying concept and principles of workshop safety and management in TVET working environment pada 9 Januari 2023 bertempat di Bengkel Foundri dan Bengkel Seramik & Komposit. Seramai 72 orang pelajar sarjana muda program TVET dari UTM telah menyertai kursus tersebut.
Tujuan kursus ini adalah untuk memberikan pendedahan sebenar kepada para peserta berkenaan aspek keselamatan dan pengurusan bengkel yang dipraktiskan oleh PIS berpandukan piawaian yang digunapakai merangkumi OSHA, ETAC dan EKSA.
Perlaksanaan kursus Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) ini berjaya memanfaatkan peserta dalam pengetahuan dan kemahiran berkenaan dengan keselamatan dan pengurusan bengkel serta pembangunan dan pembinaan item bagi sesuatu bengkel.