jppk 2023logo pislmn rasmi2020 sirim v3

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Politeknik Kolej Komuniti 2019 (POLYCCSA 2019)

Tahniah....


Seluruh warga Politeknik Ibrahim Sultan mengucapkan syabas dan tahniah kepada saudara Muhammad Izwan (mantan YDP MPP PIS) kerana meraih Anugerah Kepimpinan dan Anugerah Ketua Pengarah pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Politeknik Kolej Komuniti 2019 (POLYCCSA 2019) yg berlangsung malam.

Anugerah kecemerlangan tersebut disampaikan sendiri oleh YBhg. Ketua Pengarah JPPKK Ts. Dr. Mohammad Naim bin Yaakub.

Turut hadir bagi meraikan kejayaan Muhammad Izwan ialah Puan Pengarah PIS Hjh Rashidah Mustapa, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar PIS,En. Abu Bakar Abd. Hamid serta berapa orang pegawai dan rakan pelajar dari PIS.

Semoga saudara Muhammad Izwan terus cemerlang dengsn bakat kepimpinan yang beliau miliki.

Seluruh warga PIS amat berbangga dengan kejayaan anda ...

 

polyccsa00

polyccsa01

polyccsa04

polyccsa03