Fira 2018

03 Mei 2018 – FIRA MALAYSIA CUP merupakan acara tahunan yang diadakan sebagai platform pertandingan robot di peringkat antarabangsa. Pertandingan ini telah berlangsung pada 28 April 2018 hingga 03 Mei 2018 di Politeknik Mersing, Johor. Terdapat lima kategori robot yang dipertandingkan mewakili Politeknik Ibrahim Sultan (PIS). Di antaranya ialah MyBot, SimuroSot, RoboSot, HuroCup dan AirDrone. Namun 3 kategori baru diwujudkan iaitu Fira Air (AirDrone), Small Size RoboSot Competition dibawah kategori Robosot dan Gladiator dibawah kategori Mybot. Permainan ini diselia oleh pengadil perlawanan dan dikawal oleh para pelajar. Semua kategori ini yang disertai oleh pasukan PisTronic PIS serta Pasukan MyBot gabungan PIS dan Sekolah SMK Pasir Gudang 2 dan SMK Nusa Damai

Laporan Lengkap