jppk 2023logo pislmn rasmi2020 sirim v3

INFO RASMI PKPP / COVID-19 / PELAJAR PIS



 

PENDAFTARAN PENGAJIAN PELAJAR BAHARU DAN PELAJAR TAHUN AKHIR DARI KAWASAN BERISIKO COVID -19 BAGI MEMATUHI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DPERKETATKAN SECARA PENTADBIRAN.


HEBAHAN KEPADA PELAJAR PIS  icon kemaskini

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Rentetan pengumuman Perdana Menteri berkenaan bantuan one off kepada pelajar IPT, beberapa tindakan oleh pelajar diperlukan bagi memastikan kelancaran penyaluran bantuan ini kepada pelajar Politeknik Ibrahim Sultan. Justeru, kami memohon kepada semua pelajar yang berstatus 'AKTIF' samada pelajar diploma sepenuh masa, KSS, ijazah mahupun sijil kemahiran khas perlu melakukan langkah-langkah berikut:

1. Kemaskini maklumat akaun bank dan nama bank di dalam Sistem Pengurusan Maklumat Politeknik (SPMP)
2. Menghantar salinan berikut dan pastikan salinan di scan dengan elok dan jelas
      a) Salinan IC
      b) Salinan penyata/buku bank (mukasurat depan yang mempunyai no akaun bank)

ke email rasmi bantuan PRIHATIN di alamat This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Salinan dokumen yang dihantar mestilah sama dengan no akaun dan bank yang dikemaskini di dalam spmp. Pastikan no akaun yang diberi adalah kepunyaan pelajar sendiri, bukan akaun milik ibubapa, penjaga, adik beradik atau orang lain.

Bagi pelajar yang tiada no akaun, digalakkan membuka akaun sendiri selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sila pastikan kesemua tindakan bagi pengumpulan dokumen ini adalah mematuhi arahan Majlis Keselamatan Negara sepanjang tempoh PKP. Tarikh akhir bagi membuat tindakan ini adalah pada 25 April 2020 (tertakluk pada pindaan tarikh PKP)

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh diajukan terus ke email rasmi : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

hep pis


bantuan IPT

 


UKK01042020


|| Perkhidmatan E - Kaunseling ||

Untuk makluman kepada semua mahasiswa/i Politeknik Ibrahim Sultan, Unit Pengurusan Psikologi (UPPsi) Politeknik Ibrahim Sultan telah mengambil maklum mengenai Perintah Kawalan Pergerakan dari YAB Perdana Menteri mulai 18 Mac - 14 April 2020 berkenaan penularan wabak Covid-19.

Oleh itu, kami dengan berbesar hati menyediakan perkhidmatan E - Kaunseling kepada semua mahasiswa/i Politeknik Ibrahim Sultan yang buntu dengan isu ini seperti stress kerana tidak dapat pulang ke kampung atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Bagi yang ingin meluahkan/ mendapatkan perkhidmatan bimbingan/kaunseling, boleh hubungi kami di

Talian ini beroperasi dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari.

Perkhidmatan ini dikendalikan oleh pegawai psikologi PIS dan Kaunselor pelatih UMT

Terima kasih

"ANDA BUNTU, KAMI BANTU"

UNIT PENGURUSAN PSIKOLOGI (UPPsi), POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN

@politeknikmalaysia
@ramustapa
#PoliteknikMalaysia
#PoliteknikIbrahimSultan
#KamiPIS
#UPPsiPIS
#kamipis
#Andabuntukamibantu
#StayAtHome