Failiti Jabatan Pengajian Am terdiri daripada Bilik Pensyarah, Surau serta Bilik Kuliah. Terdapat 3 Bilik Kuliah yang disediakan untuk kegunaan aktiviti PdP pelajar dan pensyarah. Setiap bilik kuliah, boleh memuatkan seramai 30 orang pelajar dalam satu masa. Setelah pandemik Covid 19 melanda, maka kapasiti pelajar dihadkan kepada 20 orang pelajar bagi memenuhi kehendak SOP. Bilik ini dilengkapi penghawa dingin, LCD Projektor dan Skrin Projektor.