jppk 2023logo pislmn rasmi2020 sirim v3

Sayembara Pena Siswa Politeknik Malaysia tahun 2020

PIS memenangi naib johan dan tempat ke-4 dalam pertandingan Sayembara Pena Siswa Politeknik Malaysia tahun 2020 bagi kategori Rencana. Sayembara anjuran BAPP, JPPKK & Politeknik Muadzam Shah ini disertai seramai 114 peserta dari 21 Politeknik seluruh Malaysia.  PIS telah menghantar enam orang peserta yang terdiri dari ahli kelab Orator PIS. Terdapat tiga kategori yang dipertandingkan iaitu cerpen, berita dan rencana. Peserta telah mengikuti bengkel dalam talian selama lima hari berturut-turut. Hadiah sayembara ditaja sepenuhnya oleh Makmur Gold.
Pemenang naib Johan kategori rencana, Wan Nur Ilya Insyirah binti Wan Zakaria (DTP1B) telah memenangi wang RM200 bersama emas seberat 0.5 gram.

Manakala pemenang tempat ke-4 kategori rencana, Muhammad Fakhrurrazi bin Yahaya (DEM1A) mendapat wang tunai berjumlah RM100. Kesemua karya pemenang (18 karya) akan diterbitkan menjadi buku. Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan pemenang dari PIS.
"Orator, Anywhere We Go, We Go Together"

puisi1

puisi2

puisi3

puisi4

puisi5